Kami amat menghargai privasi dan keselamatan maklumat para pengunjung laman web kami. Kami ingin memberi anda jaminan bahawa semua maklumat yang kami terima daripada laman web akan dilindungi dan digunakan bagi tujuan yang dinyatakan. Untuk membantu anda memahami bagaimana ini dilakukan, sila rujuk Soalan-soalan Lazim berikut:


S: Apakah yang berlaku apabila saya membuat pembelian di laman web anda?

J: Kami akan menukarkan maklumat pembayaran anda kepada bentuk kod sulit dan akan melindungi keselamatannya semasa transmisi dengan menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (Secure Sockets Layer atau SSL). SSL juga melindungi anda dengan mengesahkan identiti pelayan (server) dan memaklumkan kami bahawa mesej telah selamat sampai. Ini adalah sistem yang paling selamat di pasaran ketika ini.


S: Adakah anda akan menyimpan maklumat kad kredit saya?

J: Tidak. Sebaik sahaja bayaran diproses, maklumat kad kredit anda akan dipadamkan.


S: Bagaimana dengan langkah-langkah perlindungan dalaman?

J: Kami melaksanakan prosedur operasi standard yang membenarkan hanya kakitangan yang diberi kuasa sahaja yang boleh mengakses pelayan kami, itu pun hanya untuk  mendapatkan maklumat yang perlu diketahui sahaja.


S: Apakah maklumat yang akan anda kumpulkan daripada pembeli?

J: Kami mengumpulkan maklumat minimum yang diperlukan bagi memproses sesuatu pesanan dan bagi memastikan pesanan sampai ke destinasi sepertimana yang dijadualkan. Maklumat ini termasuk: Nama; Alamat; Nombor Telefon; Alamat E-mel; Butiran Pembelian dan Butiran Kad Kredit.


S: Adakah anda menghantar spam berserta iklan yang tidak diingini berdasarkan maklumat yang anda peroleh?

J: Dari semasa ke semasa, kami akan menghantar mesej promosi yang kami fikirkan menarik bagi pelanggan kami. Bagaimanapun, jika anda tidak mahu menerimanya, anda dengan mudah boleh  memilih ‘batal langganan’ daripada senarai e-mel seperti arahan yang terkandung di dalam mesej.  Sila ambil perhatian, jika anda bersetuju untuk menerima mesej-mesej sedemikian daripada kami, anda juga perlu bersetuju untuk berkongsikan nama dan alamat e-mel anda dengan pihak ketiga. 


S: Apakah itu Kuki (Cookie) dan adakah laman web anda menggunakannya?

J: Ya, kami menggunakan kuki, namun terpulang kepada anda sama ada mahu membenarkan penggunaannya. Kuki menyimpan sejumlah kecil data ke dalam komputer anda apabila anda melayari laman web kami. Ia bertujuan bagi membantu kami mengetahui tentang ciri-ciri yang anda paling sukai supaya kami dapat menyediakan kandungan yang bersesuaian dengan minat anda pada sesi kunjungan anda yang seterusnya.


S: Bagaimana jika saya enggan membenarkan penggunaan kuki? Apakah yang akan berlaku?

J: Anda boleh berbuat demikian dengan mengubah tetapan pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, jika anda menyahaktifkan kuki, beberapa fungsi utama seperti log masuk akaun dan fungsi “semak” tidak akan dapat digunakan.


S: Adakah anda akan berkongsi maklumat saya dengan pihak lain?

J: Sesetengah operasi perniagaan kami seperti perdagangan elektronik mungkin dikendalikan oleh pembekal perkhidmatan yang terdiri daripada syarikat-syarikat bukan gabungan kami. Syarikat-syarikat ini mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat gabungan mereka dan pembekal perkhidmatan yang mereka lantik untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan dengan laman web kami atau operasi perniagaan kami. Contoh-contoh perkhidmatan ini termasuk pemprosesan dan kelulusan pembayaran, perlindungan daripada penipuan dan pengurangan risiko kredit, penetapan ciri produk mengikut pesanan, penyempurnaan pesanan dan penghantaran pesanan, pengedaran bahan-bahan pemasaran dan promosi, penilaian laman web, analisis data dan penghapusan data, jika perlu. Syarikat-syarikat ini boleh mengakses maklumat peribadi anda secara sulit hanya setakat yang diperlukan untuk menjalankan fungsi-fungsi mereka.


Pembekal khidmat penghantaran kami telah dinasihatkan supaya tidak menggunakan maklumat peribadi anda bagi sebarang tujuan selain daripada urusan penghantaran. Walau bagaimanapun, jika syarikat kami atau sebahagian daripada aset kami perlu dijual atau dipindahkan atau digunakan sebagai jaminan, maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan kepada pihak ketiga semasa transaksi tersebut.


Selain itu, jika agensi kerajaan atau agensi penguatkuasaan undang-undang meminta maklumat peribadi anda dan kami dikehendaki oleh undang-undang untuk menyerahkannya, kami perlu memberi kerjasama kepada agensi sedemikian.


Kami juga berhak menggunakan maklumat yang dapat mengenal pasti identiti dalam situasi tertentu yang menghendaki kami untuk menguatkuasakan mana-mana syarat dalam persetujuan ini.


S: Bagaimana dengan dasar privasi laman web lain yang mempunyai pautan dengan laman web anda?

J: Dasar Privasi ini hanya diguna pakai untuk laman web kami. Laman web kami mungkin mempunyai pautan ke laman web rakan-rakan niaga, penjual (vendor) dan syarikat pengiklanan kami yang tidak dikawal oleh kami. Sila maklum bahawa laman-laman web ini mungkin mengamalkan langkah-langkah perlindungan privasi yang berbeza. Pastikan anda menyemak dasar privasi laman web tersebut kerana sebaik sahaja anda keluar daripada laman web kami, sebarang maklumat yang anda serahkan tidak lagi berada di bawah kawalan kami.


S: Adakah dasar privasi anda akan kekal sebegini tanpa diubah?

J: Dari semasa ke semasa, kami mungkin mengubah atau meminda dasar privasi kami bagi mematuhi undang-undang atau peraturan baharu, atau bagi mencerminkan perubahan dalam amalan perniagaan kami pada masa hadapan. Sebarang perubahan terhadap dasar kami akan dinyatakan di sini, jadi sila semak laman ini secara berkala. Kami juga mungkin akan memuat naik notis pada laman web kami atau menghantar e-mel mengenai perubahan tersebut.


Dengan berkomunikasi dan menggunakan perkhidmatan, membeli produk atau melaksanakan urusan dengan GEW, anda mengakui bahawa anda sudah membaca dan memahami Notis ini, serta bersetuju dan membenarkan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh GEW sepertimana yang diterangkan dalam Notis ini.


Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.