Pengenalan

Selamat datang ke laman web www.noblegarden.shop ("Laman Web"). Terma & Syarat  ini ("Syarat-syarat") terpakai untuk Laman Web, Gano E Worldwide Sdn Bhd (644656-V), dan semua divisyennya, subsidiarinya, laman Internet yang dikendalikan oleh syarikat sekutunya serta aplikasi mudah alih yang merujuk pada Terma & Syarat ini. “GEW” merujuk kepada Gano E Worldwide Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 644656-V dan alamat yang didaftarkan di B-10-01, Menara Bata, PJ Trade Centre, No. 8, Jalan PJU 8/8A, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Dengan mengakses Laman Web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan persetujuan berikut: 

Anda bersetuju bahawa anda sudah membaca dan memahami Terma & Syarat Perjanjian ini,

Anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Perjanjian ini, dan

Anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan isi kandungan Perjanjian ini.

Laman Web ini berhak mengubah, meminda, menambah atau mengeluarkan mana-mana bahagian dalam Terma & Syarat penggunaan ini pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuatkuasa apabila ia dimuat naik ke Laman Web ini dan tiada sebarang notis lain akan dikemukakan. Sila periksa Terma & Syarat ini dengan kerap. Penggunaan atau akses berterusan anda ke Laman ini selepas perubahan Terma & Syarat penggunaan dimuat naik menunjukkan bahawa anda  bersetuju dengan perubahan tersebut. 


1. Pemberian Kuasa & Penggunaan Domestik

Dengan menggunakan Laman Web kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda sudah mencapai umur yang dibenarkan atau ke atas dan berupaya untuk menerima terma, syarat, pernyataan dan jaminan yang dikemukakan dalam Perjanjian ini. Laman Web ini tidak bertujuan atau direka cipta untuk menarik pengguna di bawah umur. Anda bersetuju bahawa semua pembelian produk yang dibuat oleh anda dari laman web ini adalah untuk kegunaan domestik diri anda sendiri, dan tidak akan dijual semula atau ditawarkan semula untuk jualan atau dijual mengikut sebarang kaedah komersial.


Anda bersetuju bahawa Perjanjian ini hanya merangkumi produk yang dibeli melalui, dan transaksi yang dibuat menggunakan, laman web rasmi dan diberi kuasa (“Laman Web”) dan Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas produk dan transaksi yang dibeli dan dibuat di mana-mana platform atau portal lain yang tidak diberi kuasa.


2. Penggunaan Laman Web

Kami membenarkan anda menggunakan Laman Web ini bagi tujuan membeli barangan peribadi yang dijual di Laman. Anda dikehendaki membuka akaun di Laman Web ini untuk membolehkan anda menggunakan ciri-ciri tertentu. Anda bersetuju untuk memberikan maklumat diri anda yang paling tepat, benar, lengkap dan terkini sebagaimana yang diminta oleh Laman Web. Anda juga bersetuju untuk mengemas kini maklumat sedemikian dengan secepat mungkin bagi memastikan maklumat sentiasa tepat, benar, lengkap dan terkini. Jika apa-apa maklumat didapati tidak tepat, palsu, tidak lengkap atau tidak lagi berkaitan, atau pihak kami mengikut budi bicara mutlak kami mengesyaki bahawa maklumat sedemikian tidak tepat, palsu, tidak lengkap atau tidak lagi berkaitan, kami berhak menggantung atau menamatkan akaun anda dan menyekat mana-mana dan semua penggunaan Laman ini atau mana-mana bahagiannya oleh anda pada masa kini atau pada masa hadapan. 

Semasa proses pendaftaran, anda dikehendaki mencipta nama pengguna (username) dan kata laluan. Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan akaun dan kata laluan anda serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang berlaku di dalam akaun atau semasa penggunaan kata laluan anda. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera mengenai sebarang penggunaan akaun atau kata laluan anda secara tidak sah atau mengenai sebarang pelanggaran keselamatan lain dan memastikan anda melog keluar di akhir sesi anda.  Anda bersetuju untuk menanggung segala caj yang dikenakan berikutan penggunaan akaun anda di Laman Web, termasuk caj yang diakibatkan daripada penggunaan akaun anda secara tidak sah. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kerugian atau kehilangan yang berlaku disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi syarat ini.


Kami berhak menamatkan mana-mana akaun anda jika pesanan anda dianggap palsu atau transaksi kad kredit anda dipertikaikan. Anda bersetuju bahawa kami boleh menamatkan atau menggantung akses anda ke semua atau sebahagian Laman Web, dengan atau tanpa notis, disebabkan perlakuan yang kami percaya, mengikut budi bicara mutlak kami, melanggar mana-mana bahagian Perjanjian ini, undang-undang atau peraturan atau boleh memudaratkan pengguna lain atau pihak kami atau syarikat sekutu kami. Pautan ke atau akses dari mana-mana laman web atau sumber pihak ketiga tidak menandakan sokongan kami terhadap mana-mana maklumat, produk atau perkhidmatan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungan atau pengendalian mana-mana laman web pihak ketiga. Penggunaan mana-mana laman web pihak ketiga adalah di atas risiko anda sendiri.


3. Produk

Laman Web ini dan produk yang ditawarkan melalui Laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menawarkan nasihat perubatan. Produk, perkhidmatan, maklumat dan isi kandungan lain yang disediakan di Laman Web ini, termasuk maklumat yang mungkin disediakan secara terus atau melalui pautan ke laman web pihak ketiga, hanya disediakan bagi tujuan makluman sahaja.


Anda hendaklah sentiasa mendapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan apa-apa ubat, makanan tambahan, produk herba atau produk homeopati atau sebelum memulakan sebarang program senaman atau diet atau sebelum memulakan sebarang rawatan berkaitan masalah kesihatan.


Setiap individu adalah berbeza dan mungkin bertindak secara berbeza kepada produk yang berlainan. Anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai interaksi antara sebarang ubat yang anda ambil dengan makanan tambahan. Anda hendaklah sentiasa membaca label produk atau memeriksa pembungkus produk sebelum menggunakan sebarang produk. Jika terdapat sebarang pertikaian, pelanggan hendaklah mematuhi maklumat yang tertera pada label atau pembungkus produk.


4. Kaedah Pembayaran

Sebagai Pelanggan, anda boleh membeli produk yang ditawarkan oleh Syarikat melalui Laman Web dan membuat pembayaran untuk pembelian anda menggunakan kaedah pembayaran yang ditawarkan oleh Syarikat melalui Laman dan menggunakan akaun anda yang dilindungi kata laluan.

Anda bersetuju bahawa pesanan hanya akan diproses setelah bayaran penuh diterima (termasuk caj penghantaran / tambang muatan), dan walaupun syarikat mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat sensitif (seperti nombor kad kredit anda), kami tidak dapat menjamin keselamatan apa-apa maklumat yang dihantar atau didedahkan kepada kami secara dalam talian. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab memantau dan memaklumkan Syarikat serta pengeluar kad kredit anda secara bertulis sekiranya anda menyedari terdapat sebarang transaksi yang tidak sah dari Laman Web kami.


5. Penamatan

Jika anda ingin menamatkan akaun dalam talian anda, sila hantar permohonan secara bertulis kepada kami dengan tajuk “Penutupan akaun”. Kami akan memproses permohonan penamatan akaun anda dengan secepat mungkin. 


6. Dasar Privasi

Penerimaan anda terhadap terma & syarat dalam Perjanjian ini dan penggunaan anda ke atas Laman Web ini secara berterusan melambangkan persetujuan anda untuk terikat dengan Dasar Privasi kami yang boleh dirujuk DI SINI.


7. Dasar Pemasaran & Pengiklanan

Bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan, anda bersetuju untuk menggunakan laman web dan bahan-bahan yang dikeluarkan oleh syarikat ini sahaja. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan nama, logo, cap dagang atau bahan berita kami dalam mana-mana laman web, blog atau bahan-bahan pemasaran yang dihasilkan oleh anda tanpa kebenaran daripada pihak syarikat terlebih dahulu.


8. Cap Dagang dan Hak Cipta

Laman Web ini dimiliki dan dikendalikan oleh GEW. Syarikat memiliki hak mutlak ke atas, dan tidak membenarkan penggunaan nama dagang, cap dagang, nama perkhidmatan, cap perkhidmatan, nama produk, cap produk, URL, alamat laman web, logo, reka bentuk, simbol atau apa-apa jenis maklumat yang dapat mengenal pasti identiti Syarikat oleh mana-mana orang atau entiti (melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu).


9. Hak-hak Proprietari

Maklumat, data, gambar, graf, perisian komputer, video, teks, rupa huruf, grafik, reka bentuk, muzik, bunyi dan bahan-bahan lain (secara kolektif dirujuk sebagai “Harta Intelek”) adalah dilindungi oleh hak cipta, paten, cap dagang, rahsia perdagangan atau hak-hak proprietari yang lain. Hak-hak ini sah dan dilindungi dalam semua bentuk dan merangkumi semua teknologi yang sedia ada pada masa ini atau yang akan dibangunkan selepas ini.


Anda tidak dibenarkan untuk memindahkan atau menyalin apa-apa bahan yang terkandung dalam Laman Web ini pada mana-mana pelayan (server) lain. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan meminda, memadam, mengembangkan, mengeluarkan, menambah, menerbit, menghantar, menyertai dalam pemindahan atau jualan, mencipta kerja-kerja derivatif berasaskan, mengedar, melaksanakan, memaparkan atau dalam apa jua cara sekalipun, mengeksploitasi mana-mana Harta Intelek, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya.


10. Pengubahsuaian dan Semakan

Terma penggunaan yang terkandung dalam Perjanjian dan Program Pelanggan Istimewa ini boleh diubah secara berkala dan mungkin akan disemak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami dengan mengemas kini maklumat ini. Anda dinasihatkan supaya mengunjungi laman web ini dari semasa ke semasa untuk menyemak terma dan syarat penggunaan yang terkini kerana ia terikat dengan anda. Dengan terus menggunakan Laman Web ini, ia bermakna bahawa anda telah menerima sebarang perubahan atau pindaan terhadap Perjanjian ini. Jika anda tidak boleh menerima sebarang pindaan, satu-satunya pilihan anda adalah untuk menamatkan Perjanjian ini.


11. Penafian Waranti

Pelanggan Istimewa dan pengunjung Laman Web ini serta laman-laman web pihak ketiga yang mempunyai pautan dengan laman ini hendaklah mengunjungi atau menggunakan laman-laman ini di atas risiko mereka sendiri sepenuhnya. Syarikat tidak memberi jaminan bahawa perkhidmatan yang disediakan itu boleh diakses pada setiap masa, tidak mengalami sebarang gangguan atau bebas daripada kesilapan. Kelewatan, ketinggalan, gangguan dan ketidaktepatan dalam isi kandungan, penyebaran berita, maklumat dan bahan-bahan lain boleh berlaku. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atas ketersediaan atau isi kandungan laman web pihak ketiga lain yang mempunyai pautan dengannya.


Walaupun kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menghalang virus dan elemen lain yang bersifat memusnahkan daripada memasuki Laman Web kami, kami tidak dapat memberi jaminan atau kepastian bahawa Laman Web ini bebas daripada sebarang elemen yang memudaratkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus komputer, penggodam (hacker) atau sabotaj teknikal yang lain. Syarikat juga tidak memberi jaminan bahawa sebarang isi kandungan yang dimuat turun dari Laman Webnya dan laman pihak ketiga lain yang mempunyai pautan dengannya akan bebas daripada sebarang kesilapan.


Syarikat tidak bertanggungjawab dan / atau boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan yang mungkin berlaku pada komputer anda akibat muat turun isi kandungan daripada laman webnya atau laman pihak ketiga yang mempunyai pautan dengannya. 


SILA MAKLUM TENTANG PENAFIAN WARANTI PENTING BERIKUT:


MAKLUMAT, BAHAN-BAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG TERKANDUNG DALAM SEMUA LAMAN WEB KAMI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA GRAFIK, PAUTAN DAN PERKARA LAIN, YANG DISEDIAKAN KEPADA ANDA ATAS DASAR “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERDAPAT,” TANPA SEBARANG WARANTI ATAU JAMINAN. KAMI TIDAK MEMBERI WARANTI ATAU JAMINAN MENGENAI KETEPATAN, KECUKUPAN ATAU KESEMPURNAAN MAKLUMAT ATAU BAHAN-BAHAN, DAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KESILAPAN DAN/ ATAU KETINGGALAN MAKLUMAT DAN BAHAN-BAHAN. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KAMI MENAFIKAN SEBARANG PERNYATAAN DAN JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA YANG TERSURAT, TERSIRAT ATAU STATUTORI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI TERSIRAT MENGENAI HAK MILIK, PEMATUHAN, KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.


12. Had Liabiliti

Dalam apa jua keadaan sekalipun, syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi secara langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, pampasan, teladan, kerosakan akibat, kerugian atau perbelanjaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan yang hilang atau salah alamat, kehilangan profit, kehilangan pendaftaran, kehilangan nama baik, atau program atau data lain yang hilang atau dicuri, walau apa pun penyebabnya dan di bawah sebarang teori liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan (1) penggunaan laman web syarikat, atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman sedemikian oleh mana-mana pihak; atau (2) sebarang kegagalan prestasi, kesilapan, ketinggalan, gangguan, kecacatan, operasi atau penghantaran tertangguh; atau (3) kegagalan penyambungan atau sistem, atau kemasukan virus atau sabotaj teknikal yang lain, walaupun syarikat, pekerja atau wakilnya telah dinasihatkan mengenai kemungkinan atau kebarangkalian berlaku ganti rugi, kerugian atau perbelanjaan sedemikian.


Dengan ini, Pelanggan mengakui bahawa Penafian yang dinyatakan di atas akan diguna pakai untuk semua isi kandungan web, barang niaga dan program yang tersedia di laman web ini.


Bidang kuasa tertentu mungkin tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan liabiliti sedemikian. Labiliti itu, jika ada, dalam bidang kuasa tersebut, hendaklah dikecualikan atau dihadkan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. 


Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.